--> Skip to main content

Memey Suhaiza Dedah Mahu Tambah Tiga Orang Anak Lagi

Mendedahkan dirinya ingin menimang tiga orang cahaya mata lagi, pelakon Memey Suhaiza menyatakan sasaran itu ingin dilakukannya sebelum umur memasuki 40 tahun.

Memey Suhaiza Dedah Mahu Tambah Tiga Orang Anak Lagi

Menurut isteri kepada pelakon tampan Norman Hakim itu lagi, beliau hanya mampu merancang namun segalanya adalah ketentuan daripada Illahi.

"Tiga orang. Mummy target nak tambah lagi tiga sebelum umur 40. Kita merancang.. Semuanya dengan izin Allah kan."

Dalam pada itu, Memey juga dilihat turut mendoakan kepada pasangan yang sedang berusaha sama seperti dirinya agar dimakbulkan doa oleh Allah.

Memey Suhaiza Dedah Mahu Tambah Tiga Orang Anak Lagi

"Sesiapa yang tengah merancang dan berusaha juga , mummy doakan semoga sama-sama doa kita dimakbulkan."

Bagaimanapun, perkongsian itu turut menarik perhatian Norman dan bertindak meninggalkan komen di ruangan posting tersebut.

Memey Suhaiza Dedah Mahu Tambah Tiga Orang Anak Lagi

"Halamakkk dia dah bagi hint laaaa."

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut turut mendoakan agar segala perancangan Memey dimakbulkan oleh Allah SWT, malah turut berdoa agar rumah tangga Memey bersama pasangan akan kekal bahagia hingga hujung hayat.

Untuk rekod, Memey dan Norman telah berkahwin pada 24 September 2011. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata, Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan Mikayla Delisha Hakim.

Written by Ridhwan Razak PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.