--> Skip to main content

Memang Cari Nahas! Pasangan Suami Isteri Sanggup Potong Gelang Pink Sebab Nak Beli Barang Runcit

Memang Cari Nahas! Pasangan Suami Isteri Sanggup Potong Gelang Pink Sebab Nak Beli Barang Runcit

Sejak viralnya kisah wanita yang minum di sebuah restoran biarpun memakai gelang merah jambu (tag kuarantin COVID-19) di Ipoh, Perak, satu persatu pula kes yang hampir sama muncul.

Terbaru, sepasang suami isteri ditahan selepas didakwa melanggar arahan untuk kuarantin di rumah.

Menerusi laporan The Star, pasangan suami isteri itu dikatakan cuba menyembunyikan gelang merah jambu dengan menanggalkannya dan keluar dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar (TEMCO) 

Ketua Polis Daerah Kangar Superintenden Wari Kiew berkata, pasangan itu ditahan dalam sekatan jalan raya di Jalan Simpang Empat-Kuala Sanglang.

"Ketika itu mereka menaiki motosikal untuk pulang ke rumah di Kampung Kuala Sanglang sekitar jam 3.30 petang tadi.

"Pasangan itu ditahan polis selepas dilihat dalam keadaan panik dan mencurigakan," katanya.

Tambahnya, hasil soal siasat, mereka memberi alasan menanggalkan gelang kuarantin untuk membeli barang runcit.

"Kesalahan itu boleh dihukum mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan serta Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan PengawalanPenyakit Berjangkit 1988," katanya