--> Skip to main content

Mayat lelaki terjun Jambatan PP ditemui

MAYAT lelaki yang bertindak terjun ke laut di Kilometer 2.2 Jambatan Pulau Pinang pada Ahad lalu ditemui hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, mayat lelaki yang berusia 24 tahun ditemui oleh pasukan bomba di Pangkalan Raja Uda, Georgetown pada 8.45 pagi.

"Mayatnya dibawa ke Jeti Pangkalan Pasukan Polis Marin (PPM) Gelugor untuk proses sanitasi sebelum dihantar ke hospital untuk bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kejadian pada 8 malam Ahad lalu, mangsa bertindak memberhentikan kereta Perodua Bezza di laluan kecemasan jambatan berkenaan.

Mangsa meninggalkan telefon bimbitnya dan membiarkan enjin kereta dalam keadaan hidup sebelum terjun ke laut.

Berita berkaitan

• Lagi lelaki bunuh diri di Jambatan Pulau Pinang