--> Skip to main content

Maut terperosok bawah lori

PEKERJA syarikat pembersihan maut selepas motosikal ditunggang terperosok ke bawah lori 10 tan di Jalan Pokok Sena, Alor Setar, hari ini.

Lelaki berusia 30-an itu dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada 8.33 pagi.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Sam Khan A/L Prakpronkeu tiba di lokasi tiga minit kemudian.

"Setibanya di lokasi, didapati mangsa masih berada di bawah lori bersama motosikalnya.

"Mangsa dikeluarkan dengan menggunakan peralatan menyelamat khas dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

"Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan hari ini.