--> Skip to main content

Masa depan penjualan TikTok samar

SAN FRANCISCO: Sesi rundingan bagi pembelian aplikasi operasi Amerika Syarikat (AS) yang dimiliki China, TikTok oleh Microsoft ditangguh selepas Presiden, Donald Trump mengugut untuk menyekat aplikasi media sosial itu dan menentang jualan berkenaan, menurut laporan Jurnal Wall Street.

Trump berikrar untuk bersikap tegas terhadap aplikasi perkongsian video yang sangat popular itu, yang mana pihak berkuasa AS berkata, ia mungkin menjadi alat risikan China, namun dinafikan berulang kali oleh syarikat internet gergasi dimiliki China, iaitu ByteDance.

Walaupun hingga kini, tiada tanda sekatan diancam Trump pada Jumaat lalu itu dikuatkuasakan, namun kenyataan dibuat pemimpin berkenaan dilaporkan menambah lagi ketidakpastian berhubung penjualan TikTok.

"Sebelum kenyataan dibuat Trump, kedua-dua pihak percaya bahawa perjanjian yang meluas dapat dicapai esok (hari ini)," menurut laporan akhbar terhadap kemungkinan penjualan TikTok-Microsoft, dengan memetik sumber yang tidak dinamakan. AFP