--> Skip to main content

Mas Idayu ‘Naik Hantu’, Kesal Anak Dihalang Jumpa Bapa Kandung Aman Graseka

Jika sebelum ini panas di media sosial apabila anak kepada penyanyi dangdut, Mas Idayu bersama bekas suami dan juga pelakon Aman Graseka berbalah di media sosial dengan bapa kandungnya itu sejak Februari lalu.

Yang menjadi isunya kini apabila perbalahan itu yang secara tidak langsung telah mengaitkan nama Mas Idayu yang didakwa tidak pandai mendidik anak gadisnya itu sehingga bersikap kurang ajar terhadap Aman Graseka dan juga kepada ibu tirinya itu.

Tampil untuk menjawab dakwaan itu, penyanyi dangdut terkenal itu akhirnya membuka mulut untuk menjelaskan apa yang sebenarnya terjadi.

Pada awalnya, Mas Idayu  memberitahu dia sama sekali tidak mahu masuk campur dalam urusan peribadi dua beranak itu kerana ia membabitkan mereka berdua.

"Awalnya saya memang tak tahu apa masalah anak saya dengan bapanya sebab malas nak ambil tahu kerana itu membabitkan mereka berdua. Tapi baru-baru ini saya ternampak ada berita mewakili pihak Aman dan isteri mengatakan saya masuk campur, itu saya tak boleh terima. Sampai ada netizen kata saya tak ajar anak hormat ibu tiri. Dia dah umur 22 tahun saya masih pukul lagi kalau ada buat salah,"

Mac lalu, Nur Dayini telah meluahkan rasa kesal terhadap sikap ibu tirinya yang bertindak menghalang dia untuk berjumpa bapa kandungnya itu. Hal tersebut telah melarat apabila kedua-duanya berbalas kapsyen berunsur sindiran di laman Instagram (IG).

 Yang menambah lagi minyak di api yang panas, Mas Idayu mengakui dia berang apabila Aman sudah mula menyekat nombor Nur Dayini di aplikasi Whatsapp dan tidak menghubungi langsung anaknya sejak mereka pulang dari umrah pada Februari lalu.

"Sekarang ni profil foto pun dah tak ada, mesej pun tak sampai itu bukti mereka sekat kami. Aku tak kisah jika Aman nak menyebelahi isterinya tapi biar dengan cara cerdik. Walaupun dah berpisah, aku kenal Aman macam mana. Dia tak pandai nak sekat orang di Whatsapp, Instagram, Aku bukan nak puji bekas suami tapi aku kenal dia,"

Dalam pada itu, penyanyi lagu Senggol Senggolan, Cubit Cubitan ini berharap Aman tidak sama sekali melupakan anak perempuannya itu. Tambahnya lagi, mereka berdua jauh sekali mengharapkan wang ringgit kerana mereka mampu menanggung hidup mereka sendiri tetapi hanya ingin menyambung kasih sayang antara anak dan bapa yang sekian lama terputus.

 Mengimbas kembali, Mas Idayu dan Aman Graseka berkahwin pada tahun 1997 namun berpisah pada tahun 2006. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Dayini. Aman kemudian mendirikan rumah tangga dengan seorang model iaitu Reena pada tahun 2018 dan telah dikurniakan cahaya mata lelaki, Aishymir Mateen Shah Aman Shah yang kini berusia setahun.

Sumber : mStar Online

Written by Intan PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.