--> Skip to main content

Mangsa lemas ditemukan

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) nelayan yang lemas di Sungai Deraka, berdekatan Kuala Sepetang, Taiping, semalam berakhir dengan penemuan mayatnya pagi ini.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, mayat Mohamad Sofian Zainudin, 38, yang berasal dari Kampung Setia Jaya, Kamunting ditemukan oleh nelayan lain yang turut serta dalam operasi kira-kira jam 8 pagi.

Katanya, mayat mangsa ditemukan kira-kira 11 meter dari lokasi mangsa dikatakan terjatuh ke sungai itu.

"Mayat dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat dan punca kematiannya adalah akibat lemas," katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, mangsa bersama seorang rakannya dikatakan terjatuh dari bot dinaiki mereka yang hilang kawalan sebelum melanggar objek dipercayai tunggul kayu ketika mahu mengangkat bubu kira-kira 10.30 pagi semalam.

Bagaimanapun rakan mangsa yang berusia 23 tahun itu berjaya menyelamatkan diri, lalu memberitahu kejadian itu kepada polis.

Berita berkaitan