--> Skip to main content

Mahukan Pembelajaran Yang Lebih Efektif Untuk Anak? Ibu Bapa Boleh Guna Cara Ini

Mahukan Pembelajaran Yang Lebih Efektif Untuk Anak? Ibu Bapa Boleh Guna Cara Ini Pandemik COVID-19 sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada pelbagai sektor termasuk pendidikkan terutama pelajar apabila seluruh sekolah diarahkan tutup sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kini kebanyakan sekolah sudah mula dibuka namun pelajar perlu mengikuti SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan serta menyesuaikan diri dengan norma baharu. Bagaimanapun, sebagai ibu bapa pasti anda prihatin dengan pembelajaran anak-anak anda kerana sudah hampir 4 bulan berada di rumah dan mengikuti pengajian secara 'online'. Jangan bimbang, dapatkan pembelajaran yang lebih efektif dengan Slot Program TV Pendidikan di saluran Astro Tutor TV.

Anak anda tidak lagi ketinggalan kerana Astro Tutor TV boleh meningkatkan akses murid kepada bahan pembelajaran melalui platform alternatif selain daripada pembelajaran dalam talian.

Dengan ini juga mereka boleh mengulang kaji di rumah secara efektif dan mudah.

Pendekatan ini juga dapat membantu murid yang tidak mendapat capaian internet mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dari rumah. Menariknya, ia turut dilengkapi informasi dan nota ringkas serta tip dan teknik pemahaman mudah untuk pelajar sekolah menengah. Bagi murid sekolah rendah pembelajarannya lebih kepada visual yang menarik serta cara belajar kaedah yang mudah dan berguna. TV Pendidikan di Astro Tutor TV merupakan kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Astro Malaysia Holdings Bhd. (Astro)

Kerjasama KPM dan Astro ini merupakan tambahan kepada siaran slot TV Pendidikan yang kini bersiaran di saluran TV Okey, Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 6 April 2020.    Slot TV Pendidikan di saluran Tutor TV, Astro bersiaran selama dua jam pada setiap Isnin hingga Jumaat.

Waktu siaran adalah pada pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi menerusi saluran 601 dan pada pukul 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari menerusi saluran 603.

Waktu siaran adalah pada pukul 3.00 petang hingga 4.00 petang menerusi saluran 601 dan pada pukul 4.00 petang hingga 5.00 petang menerusi saluran 603.

Jadual rancangan boleh didapati dengan melayari portal rasmi KPM di www.moe.gov.my atau di media sosial rasmi KPM dan Astro Tutor TV iaitu Facebook, Instagram dan Twitter @KemPendidikan.