--> Skip to main content

Liverpool lancar jersi baharu musim depan

KUALA LUMPUR: Kelab Liverpool (LFC) dan Nike melancarkan persalinan lengkap atau jersi tuan rumah bagi 2020/21 dengan kolaborasi pertama yang menarik antara dua ikon sukan itu.

Kerjasama itu menyatukan juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Eropah dan Piala Dunia Kelab dengan jenama sukan terkemuka di dunia bermula hari ini dan menjadi pembekal peralatan rasmi Liverpool.

Perkongsian itu juga adalah detik penting bagi LFC dan Nike - kelab yang memiliki tradisi, hubungan unik dengan kotanya dan pangkalan peminat yang berdedikasi di seluruh dunia hasil gaya dan pencapaian pasukan di atas padang.

Nike akan menyediakan kepada peminat dengan inovasi, reka bentuk, dan kolaborasi kreatif yang akan memberikan keghairahan dan kekuatan untuk sukan di peringkat global.

Jersi tuan rumah musim 2020/21 Liverpool juga sebagai meraikan kerjasama yang baharu ini dan ia boleh dijadikan sebagai koleksi menarik pada masa akan datang.

Jersi itu juga akan menampilkan warna tradisi Liverpool dengan baju, seluar dan stoking berwarna merah yang lebih terang.

Persalinan atau jersi lengkap Liverpool 2020/21 kini sudah tersedia untuk pesanan awal dari nike.com dan akan dilancarkan pada 6 Ogos di semua gedung jualan.

Peminat juga boleh membuat pra-pesanan di gedung jualan LFC dan di store.liverpoolfc.com.