--> Skip to main content

Lima resepi mudah dan enak dengan Ribena

RIBENA adalah minuman kordial berkhasiat yang diperbuat daripada buah blackcurrant dari New Zealand yang penuh dengan kebaikan Vitamin C.

Setiap ibu pastikan mahukan yang terbaik untuk anaknya dengan menjadikan Ribena sebagai pilihan.

Bagaimanapun tahukah anda selain sesuai untuk minuman, Ribena boleh dijadikan sebagai salah satu bahan untuk menghasilkan hidangan menarik.

Ribena kongsikan beberapa resepi yang turut boleh dihasilkan anda mengikut kreativiti sendiri.

Selamat mencuba.

1. Sagu Ribena (Hidangan untuk empat orang)

Sagu Ribena Sagu Ribena

Bahan Sagu

▪100gm Sagu

▪1000ml Air Masak

▪10ml Ribena Minuman Kordial Buah Blackcurrant

Bahan Adunan untuk Sos

▪50gm Krim Putar

▪100ml Ribena Minuman Kordial Buah Blackcurrant

Cara Memasak:

▪Didihkan air. Padamkan api. Masukkan sagu dan gaul selama seminit dan biarkan sagu kembang.

▪Bilas sagu dengan air dan masukkan 10ml Ribena dan gaul sehingga sebati.

▪Tuangkan ke dalam gelas atau mangkuk yang terpilih dan sejukkan dalam peti sejuk selama sejam.

▪Hidangkan dalam cawan atau mangkuk. Tambahkan adunan 100ml Ribena dan krim putar yang digaul rata di sekelilingnya

▪Boleh ditambah dengan cebisan buah yang disukai.

Pesanan Chef:

Dihidangkan sejuk untuk hasil yang lebih baik. Tambahkan buah-buahan kesukaan anda (disyorkan buah anggur hitam)

2. Nasi Paha Ayam Madu Ribena (Hidangan untuk dua orang)

Nasi Paha Ayam Madu Ribena Nasi Paha Ayam Madu Ribena

Bahan Ayam

▪2 Ketul Paha Ayam Penuh

▪20ml Madu

▪5gm Garam

▪10ml Sos Tiram

▪2gm Bawang putih

▪2gm Lada Hitam

▪1 Biji Bawang Besar

▪30ml Ribena Minuman Kordial Buah Blackcurrant

Bahan Nasi

▪4 Cawan Beras

▪5 Cawan Air

▪20gm Mentega

▪10gm Kiub Perisa Ayam

▪20gm Lada Benggala Hijau, Merah & Kuning

▪10gm Gajus

Bahan Sos Perap

▪1 Sudu Besar Madu

▪1 Sudu Besar Minyak Zaitun

▪3 Sudu Besar Ribena Minuman Kordial Buah Blackcurrant

▪10ml Kordial Epal

▪4 Biji Buah Kismis Hitam

Cara Memasak:

▪Gaulkan semua bahan ayam dalam mangkuk besar hingga rata. Perapkan ayam dengan bahan sos selama 12 jam.

▪Panggang ayam dalam ketuhar pada suhu 160ÂșC selama 30 minit.

▪Masak baki sos perap dengan api kecil untuk dijadikan sos.

▪Masak beras hingga menjadi nasi dan biarkan sejuk.

▪Cairkan mentega dalam kuali dengan api kecil, masukkan nasi dan gaul, diikuti dengan buah kismis hitam, lada benggala dan kiub perisa ayam. Padamkan api dan tutup nasi selama 5 minit. Hidangkan.

Pesanan Chef:

Rendam beras basmathi selama 1.5 jam supaya nasi menjadi panjang selepas dimasak. Perap ayam semalaman supaya bahan sos perap boleh meresap ke dalam ayam untuk rasa yang lebih sedap.

3. Kambing Masala Ribena (Hidangan untuk empat orang)

Kambing Masala Ribena Kambing Masala Ribena

Bahan Daging Kambing

▪1kg Daging Kambing, Dipotong Dadu

▪1 Sudu Besar Serbuk Kunyit

▪1L Air

Bahan Kisar Halus

▪5 Biji Bawang Merah, Dikisar

▪6 Biji Bawang Putih, Dikisar

▪1 Batang Serai, Dikisar

Bahan Kari

▪1 Biji Bawang Holland, dihiris

▪3 Biji Ubi Kentang, Dipotong Empat

▪2 Biji Tomato, Dipotong Empat

▪2 Biji Cili hijau, dihiris

▪2 Biji Cili merah, dihiris

▪1 Tangkai Daun Kari

▪1 Tangkai Daun Ketumbar

▪1 Batang Kayu Manis

▪1 Kuntum Bunga Lawang

▪3 Biji Buah Pelaga

▪1 Sudu Kecil Jintan Putih

▪1 Sudu Kecil Jintan Manis

▪1 Sudu Kecil Serbuk Ketumbar

▪2 Sudu Besar Serbuk Cili

▪2 Sudu Besar Garam Masala

▪20ml Minyak Masak

▪200ml Air

▪60ml Ribena Minuman Kordial Buah Blackcurrant

Cara Memasak:

▪Rebus daging dengan kunyit hingga daging kambing empuk.

▪Tumiskan bahan kari dalam kuali dengan api kecil selama 5 minit.

▪Masukkan bahan kisar halus dan masak selama 3 minit. Masukkan bahan-bahan kari dan gaul sehingga sebati.

▪Masukkan daging kambing, gaul dan reneh dengan api kecil hingga masak sepenuhnya.

4. Mangga Salsa Ribena (Hidangan untuk dua orang)

Mangga Salsa Ribena Mangga Salsa Ribena

Bahan A

▪3 Sudu Besar Ribena Minuman Kordial Buah Blackcurrant

▪1 Sudu Besar Madu

▪2 Sudu Besar Jus Limau Nipis

Bahan B

▪20gm Bawang Merah, Dipotong Dadu

▪10gm Lada Benggala Merah, Dipotong Dadu

▪20gm Buah Nanas, Dipotong Dadu

▪40gm Buah Mangga Thailand, Dipotong Dadu

Cara Memasak:

▪Campur dan gaul Bahan A dalam mangkuk besar hingga sebati.

▪Masukkan Bahan B dan gaul secukupnya. Hidangkan.

Pesanan Chef:

Dihidangkan sejuk untuk rasa yang lebih enak.

5. Punch Strawberi Ribena (Hidangan untuk 2-3 gelas)

Bahan

▪300gm Strawberi Segar

▪2 Hiris Limau Nipis Segar

▪100ml Ais Hancur

▪200ml Air

▪160ml Ribena Minuman Kordial Buah Blackcurrant

Cara Penyediaan:

▪Masukkan semua bahan dalam mesin pengisar. Kisar hingga halus.

▪Tuangkan ais hancur ke dalam campuran. Hidangkan.

Pesanan Chef:

Lebih enak jika buah strawberi segar didinginkan dalam peti sejuk terlebih dulu.