--> Skip to main content

Lelaki maut tertimbus ketika mendulang

LELAKI yang dilaporkan hilang ketika melakukan kerja-kerja mendulang bijih timah di sebuah kebun di Batu 24, Batu Kurau, Taiping ditemui maut akibat tertimbus, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima laporan pada 10.09 malam dan segera ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa.

Menurutnya, mangsa Mohd Zakaria Yahaya, 48, ditemui dalam keadaan membongkok dan tertimbus tanah pada kedalaman lima meter.

" Difahamkan mangsa melakukan kerja-kerja mendulang bijih timah di kawasan berkenaan secara bersendirian dan dilaporkan ahli tidak pulang ke rumah sehingga 8 malam.

"Pihak bomba yang mendapat maklumat mengenai kejadian itu segera melakukan kerja-kerja menggali tanah menggunakan peralatan khas di lokasi mangsa dipercayai berada.

"Mangsa akhirnya ditemui tertimbus dalam runtuhan tanah sedalam lima meter, dan berjaya berjaya dibawa keluar pada 10.49 malam, namun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 12. 20 tengah malam," katanya