--> Skip to main content

Koo Ham diarah keluar

AHLI Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham diarah keluar dewan oleh Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun, petang ini.

Ini berikutan Koo Ham tidak mematuhi arahan Azhar yang memintanya untuk duduk, sebaliknya ahli parlimen itu terus berdiri untuk mencelah ketika penggulungan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19)) 2020.

Ia bermula apabila Tengku Zafrul mendedahkan sebanyak 101 projek berjumlah RM6.61 bilion dibuat secara rundingan terus semasa pemerintahan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Isu itu dibangkitkan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang bertanyakan berapa jumlah projek secara rundingan yang diluluskan ketika pentadbiran PH.

Sebaik pengumuman itu, dewan gamat apabila Yang Berhormat masing-masing menggasak lawan mereka sehingga memaksa Azhar bertindak tegas memerintahkan Koo Ham keluar dewan dan memberi amaran kepada wakil rakyat lain.