--> Skip to main content

Kini 4 Bulan Hamil, Scha Al Yahya Dalam Fasa ‘Bencikan’ Telefon Bimbit

Khamis lalu, pelakon dan juga isteri kepada Awal Ashaari mengumumkan dirinya kini hamil anak kedua dan sudah memasuki empat bulan fasa kehamilan.

Baru-baru ini, dia telah memuat naik ucapan terima kasih atas doa dan kata-kata selamat daripada peminat menerusi ruangan Insta Story miliknya.

Dalam pada masa yang sama, Scha turut memaklumkan bahawa dia kini dalam fasa 'membenci' telefon bimbit.

"Salam, terima kasih atas ucapan dan doa dari anda semua. Alhamdullilah, syukur. Maaf saya tidak periksa telefon atau mengemas kini perkembangan terbaru. Saya bencikan telefon buat masa sekarang dan saya benar-benar maksudkannya,"

Malah, pelakon dan pengacara Dynas Mokhtar turut mengiyakan pernyataan tersebut apabila dia memuat naik foto memaparkan Scha memangku anak lelakinya, Edriel Obil sambil mengucapkan ucapan selamat hari jadi buat Awal Ashaari.

View this post on Instagram

Yeayyy Insyallah I got geng nanti!!! Can't wait ! @edriel_obil @schaalyahya . Sorry Aunty Scha ,I know you don't like phones or taking pictures now but I just had to post this pic ! Happy birthday again Uncle @awalashaari

A post shared by dynas mokhtar (@dynasmokhtar) on Aug 7, 2020 at 9:21am PDT

Sekadar info, Awal dan Scha telah mendirikan rumah tangga pada May 2012 dan hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Lara Alana yang kini berumur 6 tahun.

Written by Intan PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.