--> Skip to main content

Kes Baru! COVID-19 Ditemui Pada Kepak Ayam Ketika Pemeriksaan Di...

Kes Baru! COVID-19 Ditemui Pada Kepak Ayam Ketika Pemeriksaan Di...

Biarpun kehadiran vaksin COVID-19 telah memberikan khabar gembira buat seluruh dunia, namun penularan virus tersebut dalam bentuk baharu sangat membimbangkan.

Terbaru, pihak berkuasa di China telah menemui COVID-19 pada sampel kepak ayam import dari Brazil yang dilaporkan di bandar Shenzhen.

Difahamkan, pusat kawalan penyakit di sana telah mengambil dan menguji sampel daripada kepak ayam itu sebagai sebahagian daripada pemeriksaan rutin yang dilakukan pada daging dan makanan laut import.

Jurucakap majlis perbandaran Yantai di timur wilayah Shandong kemudian memberitahu COVID-19 telah ditemui pada bungkusan makanan laut sejuk beku dibeli oleh tiga syarikat tempatan.

"Kami telah  menjalankan ujian ke atas kesemua individu yang berisiko dijangkiti dengan produk makanan tercemar itu.

"Namun keputusannya adalah negatif," katanya.

Jelasnya sebahagian daripada makanan laut tersebut telah diproses untuk dieksport manakala bakinya ditempatkan dalam simpanan sejuk beku dan belum dipasarkan.

Untuk makluman penemuan COVID-10 pada makanan bukan satu perkara baru ini kerana sebelum ini, pihak kastam di Dalian menjumpai Covid-19 pada bungkusan udang yang diimport dari Ecuador.

Susulan itu Beijing menggantung import dari tiga pengeluar di Quito.

Sumber : Sinar Harian