--> Skip to main content

KENANGAN INDAH - ANZALNA KERAP BERPINDAH RANDAH DEMI IBU BAPA

"Throwback pictures. Merata kami membesar. Dari Johor, Canada, Melaka, Perak, Australia, Kuala Lumpur last sekali UK tapi cuma mama, abah and saya saja pindah sana 2 tahun.

"Bila tengok balik gambar-gambar dulu, kelakar dan rindu rasa macam nak masuk dalam gambar! Banyak sangat kenangan manis," kongsi Anzalna Nasir mengimbau kenangan lamanya ketika kanak-kanak dan awal remajanya yang terpaksa berpindah-randah sehingga ke beberapa buah negara kerana komitmen kerjaya ibu bapanya.

Apa yang menarik, kata finalis Dewi Remaja itu, dia sudah menetap di beberapa buah tempat dan negara sepanjang tempoh tersebut iaitu dari Johor, Canada, Melaka, Perak, Australia, Kuala Lumpur last sekali UK.

Kenangan indah itu mungkin dikongsi oleh Anzalna sempena hari lahir bapanya yang ke-60 baru-baru ini.

"Happy 60th birthday to my dad," ucapnya.

Untuk info, Anzalna mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Hanif Zaki pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohammad Eidress pada 31 Mei tahun lalu.

Klik untuk gambar besar

www.myartis.com / Foto: Anzalna IG

         ________________________

:: FACEBOOK :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER :: :: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS :: Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...