--> Skip to main content

Kena Tegur Netizen Kerana Berpakaian Askar Tapi Gantung Tali Vape, Ini Reaksi Balas Pelakon ‘Bakara’ Shaheizy Sam

Baru-baru ini pengarah Adrian Teh ada mengumumkan sebuah lagi filem aksi berkonsepkan tentera bakal menemui penonton yang bertajuk Bakara.

Filem yang dikatakan bakal memulakan penggambaran pada Jun 2021 itu khabarnya bakal dibintangi pelakon hebat seperti Remy Ishak, Bront Palarae, Alif Satar, Shaheizy Sam serta Hairul Azreen.

Sehubungan dengan itu, beberapa rangka promosi seperti foto 'teaser' filem itu telah dimuat naik oleh barisan pelakon-pelakon ini.

Namun, yang menarik perhatian adalah foto tersebut telah mengundang kritikan sesentengah pihak yang kurang senang melihat salah seorang pelakon utama filem itu iaitu Shaheizy Sam yang dilihat menggantung rokok elektronik di lehernya sambil menggayakan baju keramat iaitu seragam askar.

Tolong bgtau abang sam, dah pakai baju army jangan la sarung tali pod.

— Anna (@farhananazeri) August 10, 2020

Shaheizy Sam kemudiannya terpanggil untuk memberi respon mengenai teguran itu.

"Saya minta maaf. Akan diperbaiki di masa hadapan. Terima kasih atas teguran dan ingatan,"

Saya minta maaf. Akan diperbaiki di masa hadapan. Terima kasih atas teguran dan ingatan ???? https://t.co/3ynK3KldkO

— Shaheizy Sam Samad (@Shaheizy_Sam) August 13, 2020

Mengimbas kembali, pengarah tersohor Adrian Teh memberitahu bahawa dia dan krew produksi terpaksa menunda tarikh penggambaran filem Bakara kerana mematuhi garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran penularan wabak pandemik COVID-19.

Written by Intan PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.