--> Skip to main content

Kekasih Hadiahkan Beg Tangan Harga Puluhan Ribu Buat Ruhainies

Meraikan ulang ulang tahun kelahirannya yang ke-28 semalam, ini merupakan kali ketiga pelakon Ruhainies menyambut hari istimewa itu bersama kekasihnya yang juga seorang usahawan dikenali sebagai Mr. E.

Jejaka misteri itu yang merupakan seorang usahawan mendoakan Ruhainies berjaya dan kerjaya seninya. Kekasih Ruhainies turut meluahkan rasa syukur sehingga kini hubungan mereka baik-baik sahaja.

BACA: Kek Klon Muka Ruhainies Jadi Bahan Jenaka Netizen

"Ini kali ketiga kami meraikan sambutan hari jadi bersama. Alhamdulillah setakat ini hubungan kami baik-baik sahaja. Semoga dipermudahkan untuk ke fasa seterusnya, InsyaAllah," katanya.

Dalam pada itu, Mr. E berkata dia menghadiahkan beg tangan mewah edisi terhad sempena ulang tahun kelahiran kekasih hatinya. Ujarnya, dia sudah menghadiahkan lebih enam beg dan setiap satu dianggarkan bernilai puluhan ribu.

"Sebenarnya, Ruhainies amat menyukai beg tangan. Beg tangan terbaharu yang saya hadiahkan sempena ulang tahun kelahirannya adalah beg yang keenam buatnya. Sebelum ini pun, saya ada hadiahkannya beberapa aksesori lain seperti jam tangan.

"Macam beg tangan, harganya tidak perlulah saya kongsikan. Cuma ya, saya boleh kata dalam puluhan ribu. Hadiah istimewa untuk yang tersayang, mengapa tidak?

"Lagipun saya memang suka berikan hadiah edisi terhad yang tidak mudah didapati di mana-mana untuk Ruhainies. Bagi saya, dia seorang yang cukup istimewa di mata dan ia bukti cinta sejati saya terhadapnya," katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Mr E mengakui sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami kepada Ruhainies bagaimanapun mereka akan mendirikan rumah tangga selepas kakaknya, Risteena berkahwin.

"Saya sudah bersedia menjadi suaminya sampai bila-bila. Hal ini juga sudah kami bincangkan secara serius. Insya Allah jika tiada aral melintang, kami akan mendirikan rumah tangga selepas kakaknya berkahwin, sebagaimana permintaan ibu bapa Ruhainies.

"Kalau bukan tahun ini, kami mungkin akan mendirikan rumah tangga tahun hadapan. Apa pun, kami akan kongsikan berita gembira itu kepada semua nanti. Doakan yang terbaik," katanya.