--> Skip to main content

"Kau Ingat! Kau Ada Aib!" - Terkilan Anak Dihalang Jumpa Bekas Suami, Mas Idayu Buka Mulut!

Isu melibatkan anak penyanyi dangdut Mas Idayu, Nur Dayini dengan ibu tirinya Reena Arina telah menarik perhatian netizen sejak mereka mula berbalah di media sosial Februari lalu.

Malah, isu itu secara tidak langsung membabitkan nama Mas Idayu yang didakwa tidak pandai mendidik anak sehingga berkelakuan biadap terhadap ibu tiri dan ayah kandungnya sendiri, pelakon Aman Graseka.

Berdasarkan sebuah video temu bual oleh mStar, Mas Idayu akhirnya tampil memberi komen.

Menurut Mas, dia enggan untuk masuk campur urusan anak dan bekas suaminya pada peringkat permulaan kerana menganggap ia hanya masalah normal antara anak dan ayah.

Tetapi, sejak isu itu mengaitkan namanya, dia tidak boleh berdiam diri.

"Kalau nak tanya saya, saya memang tak tahu tentang masalah antara anak saya dengan bapanya, saya ingatkan masalah normal antara anak dan bapa sahaja.

"Tetapi, saya ada ternampak satu berita mengatakan pihak Aman dan isteri mengatakan saya masuk campur, itu saya tak boleh terima," katanya.

Dalam pada itu, Mas juga berasa terkilan apabila mengetahui pihak Aman menyekat anaknya di aplikasi Whatsapp.

Mas juga memberi bayangan tentang pendapatnya yang merasakan ada orang ketiga di sebalik isu antara anak dan bekas suaminya itu.

"Sekarang gambar profil dah takda, mesej pun dah tak sampai, itu bukti mereka sekat kami, saya tak kisah kalau Aman mahu menyebelahi isterinya, tapi biarlah dengan cara bijak.

"Ini pun zuriat awak, kami bukan minta duit, awak tahu tak apa yang anak awak mahu? dia nak ayah dia sahaja. Hello, kalau kau takda duit pun, dia boleh 'swipe' je bagi kau makan, tapi dalam hal ini dia tak minta duit pun.

"Tetapi berdasarkan apa yang saya tahu, saya kenal Aman, dia tak pandai untuk blok orang di Whatsapp atau sebagainya.Bukan nak puji bekas suami, tapi saya tahu Aman bukan sejenis orang yang suka bergaduh atau berdendam.

"Saya bukan nak tuduh Aman Graseka, saya lebih ke pihak yang lagi satu, saya kenal Aman memang bukan jenis orang seperti itu.

Sementara itu, Nur Dayini turut menujukan pesanan kepada ibu tiri dan ayahnya di penghujung video tersebut.

"Untuk isteri papa, kalau tak puas hati, dia boleh jumpa dengan saya, kita nak tahu benda betul dan benda salah.

"Sekarang ini saya rasa awak yang banyak tak puas hati dengan saya, untuk papa, satu saja, saya nak jumpa Papa sebab dah terlalu lama, saya rindu, itu pun susah sangat ke?" katanya.

Tidak berakhir di situ, Mas sempat memberi amaran kepada isteri bekas suaminya itu.

"Sekali lagi kau buat, kau ingat, kau ada aib, jangan buat anak aku macam tu, aku kenal bekas suami aku dia tak macam itu, tapi aku nak bekas suami aku fikir tentang anak dia, bukannya aku nak bekas suami aku balik," katanya.

Terdahulu, Nur Dayini pernah meluahkan rasa kesal terhadap sikap ibu tirinya yang dikatakan menghalang dia berjumpa bapa kandungnya.

Dia juga kerap berbalas sindirian dengan ibu tirinya di laman Instagram.

Sumber : mStar