--> Skip to main content

Kareena Kapoor Umum Hamil Anak Kedua

Kareena Kapoor Umum Hamil Anak Kedua Pasangan pelakon popular Bollywood, Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan mengesahkan mereka bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Perkara itu dimaklumkan sendiri pasangan tersebut menerusi media sosial mereka pada Rabu.

"Kami berbesar hati untuk mengumumkan kami sedang menantikan ahli baharu dalam keluarga kami.

"Terima kasih atas ucapan dan sokongan kalian," kata mereka.

Kareena dan Saif Ali berkahwin pada 2012 dan menimang cahaya mata sulung, Taimur Ali Khan pada 2016.

Kedua-duanya pernah berlakon bersama menerusi filem Omkara, Agent Vinod, Kurbaan dan Tashan.