--> Skip to main content

Kapal persiaran Arab Saudi patah balik selepas kesan kes COVID-19

JEDDAH: Sebuah kapal persiaran di Arab Saudi berpatah balik ke pelabuhan Bandar Ekonomi King Abdullah (KAEC) selepas mengesan suspek kes COVID-19 di atas kapal itu.

Perkara itu disahkan pihak pengurusan Red Sea Cruise Company pada Sabtu.

Kapal persiaran berwarna perak itu berlayar pada Khamis dari pelabuhan KAEC, membawa penumpang menaiki kapal persiaran rekreasi pertama negara itu.

Pada Sabtu pagi, pihak pengurusan kapal persiaran itu memaklumkan kepada penumpangnya bahawa terdapat seorang suspek kes COVID-19 dan meminta kesemua berada dalam bilik masing-masing.

"Kes itu diasingkan di bahagian sayap kapal yang direka untuk sesiapa yang menunjukkan tanda virus.

"Kapal sepatutnya mengakhiri pelayaran pada pagi Ahad, tetapi kapal persiaran terpaksa kembali semua ke KAEC pada Sabtu bagi memastikan keselamatan semua penumpang," kata syarikat itu.

Kapasiti dalam kapal persiaran dikekal 75 peratus supaya penjarakan fizikal antara satu sama lain dapat dipatuhi.

Menurut pihak pengurusan kapal persiaran yang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan, kebiasaannya ujian saringan akan dilakukan sebelum penumpang dibenarkan menaiki kapal berkenaan. - Agensi