--> Skip to main content

"Kandungan Dah Memasuki..." - Isteri Angah Raja Lawak Hamil Anak Kedua

Pelawak dan penyampai radio Sinar, Angah Raja Lawak memaklumkan isterinya, Amira Asyura kini hamil anak kedua.

Menurut Angah, kehamilan Amira kali ini membuatkan dia lebih banyak mengidam berbanding sebelumnya.

"Mengandung kali ini banyak betul mengidamnya, malam semalam bidadari abang minta nak makan sambil tengok pemandangan KLCC katanya.

"Sekali sekala apa salahnya kita bawa bidadari kita pergi makan di tempat menarik, tapi kalau selalu bidadari abang mengidam macam ni koyak abang dik," selorohnya di Instagram.

Dalam pada itu, Angah turut memaklumkan kandungan isterinya kini memasuki empat bulan.

"Alhamdulillah kandungan isteri abang dah empat bulan lebih, baby pun sihat.

"Terima kasih atas doa-doa kalian semua, semoga Allah permudahkan urusan anda semua, Amin," tulisnya lagi. 

Terdahulu, Angah dan Amira mendirikan rumah tangga pada 19 Februari 2016.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisyah pada 16 Februari 2019.

Angah juga pernah berkahwin sebelum ini dan dikurniakan seorang anak perempuan.