--> Skip to main content

"KAMI TUNJUK LIVE SEBAB DIA NAK PERHATIAN" - NOURUL TERIMA VIDEO LUCAH

"Semua rakyat Malaysia tengok orang jahat ni. Kami live dekat IGTV eloklah tunjuk anu sendiri. Tak malu. Ni kerja rakyat Malaysia. Tak malu pula tu. Lepas tu dia tak berhenti. Sorrylah terpaksa tunjuk. Ni nak tunjuk rakyat Malaysia la ni orang lelaki kita. Kita report buang," ujar penyanyi Nourul Depp yang meluahkan rasa kecewa selepas sesi Instagram Live kendaliannya diganggu oleh seorang lelaki tidak bertanggungjawab.

Individu tersebut dilihat membuat panggilan video lalu menunjukkan aksi seolah-olah seperti melakukan onani. Lantas, Nourul pun berkongsi panggilan video jijik berkenaan di IGTV kendaliannya yang sedang berlangsung ketika itu. Menurut Nourul, dia ingin menunjukkan kepada seluruh rakyat Malaysia betapa tidak senonohnya kebanyakan perbuatan tersebut.

Dalam pada itu, Nourul turut mendedahkan kebanyakkan lelaki yang berkelakuan seperti ini adalah dari kalangan remaja lelaki: "Yang tanya saya Islam ke tak tu tapi hampa pun tak jaga diri. Tunjuk anu dekat orang. Hampa tu Islam ka?

Klik untuk gambar besar

"Itulah penyakit orang kita, bila kita tegur tak boleh terima. Depa ni suka diletakkan kita di bawah tapak kaki depa. Memang ada lelaki macam tu. Kami geram sungguh laki kami selalu gelak jaa. Yang paling sedih, kebanyakkan depa anak-anak muda. Kesian kalau mak bapak tahu. Saya ada dua orang anak lelaki harapnya tak macam tu," tuturnya.

Menerusi ruangan kapsyen pula, penyanyi lagu 'Kerana Terluka' itu turut mendedahkan nombor telefon lelaki biadap berkenaan: "Minta maaf kalau ada part video ni. Mengganggu ketenteraman awam. Orang tengah buat live sibuk ada yang call tengah dok me***cap . Kami tunjuk live sebab dia nak perhatian.

"Nombor pelaku tak senonoh tu ialah 0111318****. Boleh sebarkan dan bagitahu mak pak dia. Kurang ajaq," jelas Nourul yang mendapat komen dimana rata-rata netizen mengutuk tindakan lelaki tersebut selain turut mencadangkan supaya penyanyi itu membuat laporan polis.

  www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Nourul Depp

         ________________________

:: FACEBOOK :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER :: :: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS :: Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...