--> Skip to main content

"Kalau Bergaduh Dengan Isteri, Mesti Settle Dulu Sebelum Tidur" - Fazley Yaakob

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mendedahkan dia dan isteri akan menyelesaikan sebarang masalah atau perselisihan faham sebelum tidur.

Jelas Fazley, dia enggan marah yang terbuku di hati akan melarat dan menjadi lebih besar pada keesokan harinya.

"Konsep kami sebelum tidur mesti berbaik-baik dahulu dan tak boleh bawa marah itu sampai esok pagi.

"Tidur dalam keadaan marah akan menjadi lebih besar. Kalau berkecil hati pun mesti settleh dulu sebelum tidur," katanya kepada Gempak.

Akui Fazley, wanita termasuk isterinya sendiri, Datin Azrene Soraya sukar untuk dipujuk apabila berlaku pergaduhan.

"Ramai isteri kalau merajuk susah nak pujuk terutama apabila berlaku pergaduhan.

"Isteri suka untuk melafazkan kemaafan. Jadi, bagi kami memang tiada konsep maaf memaafkan, pujuk memujuk tapi kami akan memberikan ruang kepada satu sama lain.

"Kalau bersalah cakap, kita akan berpisah selama 30 minit atau sejam dan datang semula untuk menyelesaikannya," tambah Fazley.

Fazley dan Azrene mendirikan rumah tangga selama 13 tahun dan dikurniakan empat cahaya mata.