--> Skip to main content

"Kaki Lama Tak Tendang Orang Ni" - Ahli Kumpulan Feminin Mengamuk, Lelaki Songsang Cuba Tackle Anak Teruna?

Bekas anggota kumpulan Feminin, Deq Nor berang apabila anak lelakinya diganggu oleh lelaki homoseksual.

Deq Nor atau nama sebenarnya Nor Intan Zanariah Zaharin menerusi Instagram turut mencabar lelaki berkenaan untuk bersemuka dengannya.

"G*y wanna try my son? Huh meh jumpa mak dia dulu. Kaki lama tak tendang orang nih!

"Rimau pun lama tak keluar dari badan nih. Jangan mati pucuk sudah ya g*y," tulisnya menerusi Instagram Stories baru-baru ini.

Paparan skrin tersebut dikirimkan oleh seorang pengguna kepada Gempak.

Deq Nor pernah menyertai kumpulan pop wanita Feminin sekitar awal 1990-an namun memilih untuk mengundurkan diri demi memberikan fokus kepada keluarga setahun sebelum kumpulan terbabit dibubarkan.

Difahamkan, Deq Nor kini yang menetap di Kuala Lumpur dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.