--> Skip to main content

Kaki Isteri Izzue Islam Bengkak, Lebam Gara-Gara Seekor Biawak

Malang tidak berbau, pelakon dan penyanyi Izzue Islam mendedahkan isterinya, Awin Nurin cedera akibat terjun dari tangga ke bawah rumah mereka gara-gara panik ketika melarikan diri dari seekor biawak.

Menerusi perkongsian di Instagram, Izzue berkata akibat kecederaan itu Awin mengalami bengkak dan lebam di kaki. Dalam entri berkenaan, Awin kelihatan berjalan terhincut-hincut berjalan dan kakinya berbalut.

BACA: Awin Nurin Dituduh Guna Bomoh Pikat Izzue Islam

Izzue berkata, doktor turut menasihatkan jika bengkak di kaki isterinya tidak surut-surut maka perlu menjalani imbasan x-ray kerana bimbang kemungkinan tulang kakinya retak atau patah.

"Dah pergi klinik doktor cakap kalau lagi dua hari bengkak tak susut dan masih sakit, disarankan untuk pergi x-ray pula. Takut tulang kaki dia retak atau patah. Doakan Awin ya, dia tengah sakit tu tapi kuat," tulisnya.

Difahamkan, seekor biawak masuk ke rumah mereka tanpa disedari. Menerusi perkongsian terdahulu, Izzue ada berkongsikan video ketika biawak itu berada di dalam rumahnya.