--> Skip to main content

Jual 45 Buah Pinggang Di Facebook, Kegiatan Haram Lelaki Sarawak Ini Akhirnya...

Jual 45 Buah Pinggang Di Facebook, Kegiatan Haram Lelaki Sarawak Ini Akhirnya...

Hari ini Malaysia dikejutkan dengan laporan The Sun yang mendedahkan mengenai seorang lelaki Sarawak yang menawarkan jualan buah pinggang khusus untuk warga Britain.

Menerusi penyamaran seorang wartawan yang berpangkalan di United Kingdom, lelaki Sarawak tersebut dikatakan menjual buah pinggang dengan pakej pelancongan transplan berjumlah £85,000 (RM466,440).

Berdasarkan laporan itu, lelaki berusia 46 tahun itu menggunakan platform Facebook untuk mendapatkan 45 buah pinggang.

Lelaki tersebut dipercayai akan memikat mangsa yang miskin dari seluruh dunia untuk menjual organ mereka kepada pesakit yang terdesak.

Difahamkan, dia sudah dihubungi sekurang-kurangnya lima warga Britain yang menawarkan untuk menjual organ mereka melalui Facebook.

Sementara itu, menerusi Harian Metro, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail menjelaskan pihaknya sedang membuat siasatan dan mengesan individu dimaksudkan.

"Pihak JSJ (Jabatan Siasatan Jenayah) sedang membuat siasatan dan sedang mengenalpasti orang yang dimaksudkan.

"Laporan polis dibuat pegawai JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak supaya siasatan lanjut dapat dijalankan," katanya.

Sumber : The Sun, Harian Metro