--> Skip to main content

Jom Heboh kembali?

PERTAMA kali ia diadakan pada 2003 dan sejak itu Karnival Jom Heboh menjadi acara padang tahunan terbesar dan berjaya meraih ribuan pengunjung daripada kalangan penonton setia rangkaian televisyen Media Prima Berhad.

Menyaksikan ramai artis tempatan mengadakan persembahan dan membuat penampilan bagi menemui peminat, ia merancakkan lagi Karnival Jom Heboh seterusnya menarik minat pengunjung dari pelbagai lapisan masayarakat.

Lebih menyeronokkan, pelbagai aktiviti disediakan saban tahun dan tawaran hadiah menakjubkan menjadi rebutan pengunjung antaranya Nissan Serena seperti yang ditawarkan tahun lalu.

Bagaimanapun, kemeriahan dirasai dahulu nampaknya tidak dapat kita rasai pada tahun ini berikutan pandemik Covid-19 yang menghadkan kita daripada mengadakan perjumpaan, aktiviti sosial dan perlu mematuhi penjarakan sosial seperti saranan kerajaan.

Image

Walaupun Karnival Jom Heboh tidak diadakan pada tahun ini, namun peminatnya tidak perlu bersedih kerana TV3 memperkenalkan program Jom Heboh di Rumah bersama McDelivery (JHDR) yang memberikan penonton pengalaman baharu merasai kemeriahan Karnival Jom Heboh.

JHDR akan bersiaran selama dua hari pada 29 dan 30 Ogos ini di TV9, memaparkan pelbagai aktiviti, permainan, sesi beli-belah dengan tawaran hebat, segmen fesyen dan memasak sambil dihiburkan oleh persembahan artis popular tanah air.

Antara selebriti yang akan membuat penampilan antaranya Wany Hasrita, Hael Husaini, Naim Daniel, Haqiem Rusli, Nabila Razali, Nazim Othman, Amelia Henderson, Riena Diana, Dayang Nurfaizah dan ramai lagi.

Saksikan Jom Heboh di Rumah pada 29 dan 30 Ogos ini bermula jam 9.20 pagi bagi merebut pelbagai hadiah menarik seperti Proton X70, baucar tunai McDonald's, AirAsia BIG Points, tiket masuk ke Adventure Waterpark Desaru Coast dan baucar tunai CJWOWSHOP.

Sementara itu, pesan kombo istimewa, set keluarga atau mana-mana menu kegemaran anda sebelum menonton Jom Heboh di Rumah dengan McDelivery dan dapatkan enam ketul Chicken McNuggets secara percuma dengan kod promo 'JHMCD'.*

Layari jomheboh.com.my untuk maklumat lanjut.

*Tawaran ini hanya sah pada 29 dan 30 Ogos sahaja*Tertakluk pada terma dan syarat. Nilai minimum RM18 untuk setiap pesanan dan RM5 caj penghantaran