--> Skip to main content

JEJAKA MAT SALIH PILIHAN HATI - DR. AMALINA SELAMAT BERTUNANG

"Excited about wedding planning x2 (UK 🇬🇧 & Malaysia 🇲🇾) 🥳😍🤵🏻👰🏻 #engaged." demikian kongsi pelatih pakar bedah Kolej Imperial London, Dr Nur Amalina Che Bakri, semalam.

Dia mengumumkan yang dirinya selamat bertunang dengan jejaka pilihan hatinya menerusi perkongsian di Instagram (IG) dan Twitter.

Dr Nur Amalina juga telah memuat naik gambar berdua dengan tunangnya dan foto jarinya disarung dengan cincin sebagai tanda pertunangan.

Dia turut menyatakan keterujaannya untuk merancang majlis perkahwinan di dua negara iaitu United Kingdom (UK) dan Malaysia, meskipun tidak berkongsi butiran lanjut mahupun tarikh bakal melangsungkan majlis pernikahannya itu.

Perkongsiannya tersebut telah mendapat ucapan tahniah daripada ramai artis dan selebriti termasuk pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi, pelakon Lisa Surihani, usahawan popular Vivi Yusof dan selebriti, Daphne Iking.

Untuk info, Dr Nur Amalina ialah doktor yang bertangungjawab membantu pembedahan ketumbuhan mulut kanak-kanak Ainul Mardhiah di London hingga mencapai kejayaan.

Tahniah diucapkan!

Klik untuk gambar besar

         ________________________

:: FACEBOOK :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER :: :: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS :: Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...