--> Skip to main content

It’s Real Guys! Selena Gomez Teruja Duet Bersama BLACKPINK

It’s Real Guys! Selena Gomez Teruja Duet Bersama BLACKPINK

Penyanyi antarabangsa Selena Gomez menyatakan rasa teruja bakal bekerjasama dengan kumpulan K-Pop BLACKPINK.

Selena berkongsi perasaannya itu menerusi posting di akaun Instagramnya.

“Sangat-sangat teruja untuk mengumumkan BLACKPINK dan saya bakal mempunyai sebuah lagu baru yang akan dikeluarkan pada 28 Ogos ini,” tulisnya. 

Posting tersebut turut disertakan dengan poster rasmi single terbaru mereka.

Dalam pad itu, menerusi ruangan komen rata-rata peminat mereka sudah mula menyatakan rasa tidak sabar.

Terdahulu, desas-desus menyatakan BLACKPINK bakal bergandingan bersama Selena selepas mereka mengeluarkan sebuah poster misteri.