--> Skip to main content

INI JAWAPAN LINDA AF2 BILA DITANYA 36 TAHUN MASIH SINGLE

Biarpun umur kini sudah berusia 36 tahun, bintang Akademi Fantasia 2 (AF2), Linda Nanuwil akui masih selesa hidup bersendirian. Menurut Linda, dia sedar umurnya kini boleh dikatakan agak lewat memandangkan kebanyakan rakan seperjuangannya ramai yang sudah mendirikan rumah tangga: "Tapi bagi saya tiada masalah pun, malah saya masih selesa macam ni. Bagi Linda ok je single," ujarnya.

Ditanya sama ada dia telah mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga, linda menjelaskan dia masih belum ke arah itu: "Apa yang saya boleh cakap, saya masih lagi berkawan dan berhubung dengan seorang 'teman lelaki'. Tapi untuk bincang tentang kahwin, belum lagi ke arah itu," tuturnya.

Untuk makluman Linda bakal membuat 'comeback' dengan mengeluarkan single terbaru berjudul 'Ikhlaskanlah Hatimu'. Lagu bergenre balada itu dihasilkan oleh Ajai manakala lirik Lukman S.

Klik untuk gambar besar

www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Linda Nanuwil & @fizakamaruzzaman

         ________________________

:: FACEBOOK :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER :: :: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS :: Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...