--> Skip to main content

Ingkar PKP: 60 ditahan leka berhibur di pusat hiburan

KUAlA LUMPUR: Gian berhibur di kelab malam akhirnya membawa padah apabila 60 warga tempatan ditahan dalam satu serbuan di Wisma Manjalara, Kepong kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Mereka adalah antara 69 individu yang ditahan polis dalam dua serbuan di sebuah pusat hiburan dan pusat urut, di sini malam tadi.

Dalam Ops Noda, Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman menyerbu dua premis yang terletak di Wisma Manjalara, Kepong dan Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan, Selangor, yang dijalankan sejak jam 5.20 petang.

Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata, di premis pertama iaitu di pusat urut, sepasukan 16 anggota dan pegawai polis menahan dua pelanggan tempatan berusia 30 hingga 35 tahun dan sembilan wanita dipercayai pelacur warga asing.

"Di premis kedua dua pula, 58 lapan lelaki serta dua wanita warga tempatan ditahan bersama 13 wanita warga Vietnam dipercayai gadis pelayan pelanggan.

"Dua individu warga tempatan dipercayai penjaga kedua-dua premis itu turut ditahan," katanya.

Beberapa kesalahan direkodkan dalam penahanan itu antaranya Peraturan 3, Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Seksyen 373 Kanun Keseksaan, Seksyen 39b Peraturan Imigresen, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen.