--> Skip to main content

Ika Nabella Tempelak Individu Label Isteri Tak Kerja Sebagai Wanita Pemalas

Tampil menempelak tindakan individu yang seolah-olah memperlekeh peranan seorang wanita yang memilih untuk menjadi seorang suri rumah tangga sepenuh masa, pelakon Ika Nabella kini dilihat makin berani mengutarakan pendapatnya kepada umum.

Ika Nabella Tempelak Individu Label Isteri Tak Kerja Sebagai Wanita Pemalas

Ujar Ika, persepsi umum mengenai tugas menjadi seorang suri rumah itu sesuatu yang mudah adalah tidak benar sama sekali.

Ika Nabella Tempelak Individu Label Isteri Tak Kerja Sebagai Wanita Pemalas

"Anda marah tak baca statement ni wahai suri rumah?! Rasa macam nak pijak kan? Tapi inilah hakikatnya suri rumah di mata masyarakat. Depa ingat senang suri rumah."

Menurutnya, memikul tanggungjawab tersebut amatlah berat. Hal ini kerana, tiada upahan gaji diberikan sepanjang bergelar suri rumah.

View this post on Instagram

TEMPORARY POST Hampa marah tak baca statement ni wahai suri rumahhhhh???!! Rasa mcm nk pijak kan? Hahahahahaha tapi inilah hakikatnya housewife di mata masyarakat. Depa ingat senang suri rumah. I pernah jadi suri rumah! Sepanjang pregnant tak kerja langsung! Sampai lah anak 21 hari. Tak boleh la hidup jadi suri rumah. Pada I BERAT. Sudahlah BERAT TAK BERGAJI. Syukur suami bagi duit belanja, bayar kan commitment tapi bila teringin apa2 yg expensive sikit segannnn nya nk mintak hahaha sebab kesian tgk dia kerja penat. Buat mcm2 business. Travel here & there takkan la I senang2 nk mintak duit dia.??? So I've changed my mind. I dah biasa nak apa2 dapat. Telah 12 tahun kerja sendiri. Nak apa semua work for it. Bila nk kena mintak ni rasa useless! Noah Zayn 21 hari I start kerja slowly. Lepas tu shooting. Pagi ke pagi.. Mula lah menangis rindu anak yg masih kecil. Dah la anak menyusu badan. Kerja dgn org ni tahu je la kan walaupun before mula shoot I dah inform producer I can only shoot kalau I boleh pump break 20 minutes every 2-3 hours pihak atasan bagus Alhamdulillah! tapi tak semua, masih ada mulut2 sumbang bersuara; "bagi susu tepung je lah. Jadi manusia jugak. Tayah susah2 sakit tetek, nak pam bagai. Shooting lagi ambil masa pump break ni. beb nanti badan tak cantik la susu badan!" Nasib baik I kental. Statement mcm tu tak jadi kudis I lebih risau tak dpt tgk anak membesar depan mata. Risau takut anak sebut perkataan 'Bibik' as his first word. Takut tak nmpak dia merangkak utk pertama kali. Hmmmmm.. I faham. We as mothers. As a human being! Tipu kan kalau tak nak hidup senang, taknak pakai cantik2, taknak berjalan tengok bumi Allah. But kekangan kewangan tu mematahkan impian kita.. in between working & raising children. But chin up ladies! We're in 2020. We can do both. At home!! Work at home depan anak2. 24/7. Ramai dah berjaya kerja dari rumah sambil besarkan anak2. Malah lebih mewah dari kita2 yg kerja makan gaji ni.. let me knw if you wanna be part of us. If you wanna generate more income! DM me Ok? Love, A WORKING MOTHER

A post shared by meet – I K A N A B E L L A (@ikanabella) on Aug 11, 2020 at 6:48pm PDT

"Saya pernah jadi suri rumah. Sepanjang mengandung tak kerja langsung. Sampailah anak 21 hari. Tak bolehlah hidup jadi suri rumah. Pada saya berat. Sudahlah berat, tak bergaji."

Perkara itu mula marak apabila Ika dilihat berkongsi paparan komen daripada seorang pengguna media sosial yang memandang rendah tugas sebagai seorang suri rumah.

Ika Nabella Tempelak Individu Label Isteri Tak Kerja Sebagai Wanita Pemalas

Biarpun berdepan perkara seperti itu, namun Ika dikhabarkan tidak sedikit pun terkesan dengan kata-kata yang memperlekeh tugas seorang suri rumah.

Ujarnya, mampu memberikan tumpuan penuh kepada keluarga khususnya anak yang sedang membesar, itu sudah memadai.

"Saya lebih risau tak dapat tengok anak membesar depan mata. Risau takut anak sebut perkataan 'bibik' sebagai perkataan pertamanya. Takut tak nampak dia merangkak untuk pertama kali."

Ika Nabella Tempelak Individu Label Isteri Tak Kerja Sebagai Wanita Pemalas

Baginya, beliau tetap bersyukur dikurniakan seorang suami yang bertanggungjawab dan mampu memenuhi keperluannya ketika tidak bekerja.

Untuk rekod, Ika dan suaminya Muhammad Zaid telah melangsungkan perkahwinan pada Julai 2016. Hasil perkongsian hidup itu, pasangan ini dikurniakan seorang anak bernama Muhammad Noah Zayn yang kini berusia 10 bulan.

Written by Ridhwan Razak PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.