--> Skip to main content

"Hargailah Kaabah Yang Disentuhmu" - Muat Naik Foto Seksi Tepi Pantai, Nia Ramadhani Terima Reaksi Sinis Netizen

Aktres popular Indonesia, Nia Ramadhani mengundang perhatian netizen apabila berkongsi beberapa foto berpakaian seksi di tepi pantai bersama rakan-rakannya.

Nia yang mengenakan persalinan singkat berwarna hitam dan putih itu kelihatan gembira menikmati percutian di sebuah lokasi yang tidak diberitahu kepada umum.

Perkongsian di Instagram itu mendapat reaksi sinis dari segelintir wargamaya kerana pelakon Bawang Merah Bawang Putih itu bergelar Hajjah sejak dua tahun lalu.

"Orang kaya dijamin tak masuk syurga kalau baju begitu, Nia sedar kamu sudah mengerjakan Haji, hargailah kaabah yang disentuhmu.

"Assalamualaikum Ibu Haji.

"Saya perempuan yang tengok pun rasa malu," tulis netizen.

Walaubagaimanapun, Nia memilih untuk berdiam diri dan tidak membalas komen-komen tersebut.

Difahamkan, Nia dan suaminya, Ardi Bakrie telah menunaikan haji pada sekitar Ogos 2018.

Nia dan Ardi mendirikan rumah tangga pada 1 April 2010.

Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan tiga orang cahaya mata.