--> Skip to main content

Hantar Gambar Lucah Kepada Ayda Jebat, Nabil Mahir Beri Amaran

Berang dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menghantar gambar tidak senonoh kepada tunangnya, Ayda Jebat, pelakon dan pengacara Nabil Mahir memberikan amaran kepada individu berkenaan.

Memuat naik fotonya memegang replika pedang samurai, Nabul meminta supaya berhenti mengganggu tunangnya menghantar gambar lucah serta tidak memperbodohkan diri kerana perkara itu tidak mendatangkan hasil.

BACA: Ayda Jebat, Nabil Mahir Sah Bertunang Secara Online

"Yang pedang tu untuk you guys yang bat*ng gatal tak abis-abis nak DM benda tak senonoh kat my fiancée. Grow up and stop memperbodohkan diri," dedah Nabil.

Nabil berkata meskipun sudah beberapa kali akaun mereka disekat oleh Ayda namun individu berkenaan seolah tidak serik dan masih gigih untuk membuat akaun baru.

"Banyak sangat masa korang siap buat account baru bila kene block. Korang tau kan kalau kitorang make official report, korang boleh kene trace? Warning have been made," tulisnya

Untuk rekod, Nabil sebelum ini, melamar pelantun lagu Temberang itu pada sambutan hari lahirnya yang ke-28 pada 17 Mac lalu. Kemudian, pasangan itu mengikat tali pertunangan secara dalam talian pada 28 April lalu.