--> Skip to main content

Hamilton raih petak depan GP Belgium

SPA-FRANCORCHAMPS, Belgium: Juara Dunia Lewis Hamilton meraih petak utama di Grand Prix Belgium manakala Ferrari gagal layak ke kelompok 10 terpantas pada sesi kelayakan pertama (Q1) di Spa-Francorchamps.

Rakan sepasukan Hamilton Valtteri Bottas merakam masa kedua terpantas untuk memastikan penguasaan Mercedes di barisan depan pada perlumbaan esok.

Max Verstappen dari Red Bull dan Daniel Ricciardo dari Renault melengkapkan barisan kedua.

Gandingan Ferrari Charles Leclerc dan pemenang tahun lalu Sebastian Vettel akan memulakan perlumbaan di barisan ketujuh. - AFP