--> Skip to main content

Hadiah menarik untuk peserta peraduan video pendek

KUMPULAN Syarikat Prolintas menawarkan hadiah berbentuk iPad mini, iPhone SE dan wang tunai kepada rakyat Malaysia yang menyertai Peraduan Aspirasi Merdeka Malaysiaku bersempena sambutan hari kemerdekaan.

Peraduan ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia bermula 15 hingga 31 Ogos 2020.

Orang awam berpeluang memenangi hadiah dengan merakam dan memuat naik video berdurasi 60 saat dengan mesej berkisarkan aspirasi kemerdekaan masing-masing.

Video haruslah dimuat naik menerusi platform peribadi Instagram atau Facebook yang disetkan kepada 'public mode' berserta tanda pagar #MerdekaDenganPROLINTAS.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui laman web Prolintas; www.prolintas.com.my.