--> Skip to main content

Gerai 'Mat Cakoi' meriah

BAGI menyemai semangat patriotisme dalam kalangan pelanggan dan generasi muda, bekas anggota polis menghias gerai cakoi miliknya di Peringgit, Melaka, dengan Jalur Gemilang.

Mohd Taib Jamaludin, 50, berkata, setiap kali sambutan kemerdekaan dia berusaha untuk menerbitkan rasa kasih sayang dan cintakan negara dengan cara itu.

Lebih membanggakan, katanya, dia mendapat sokongan daripada 11 anak dan dua isterinya untuk menghias gerainya dikenali 'Mat Cakoi' untuk kelihatan lebih ceria, sekali gus menarik perhatian pelanggan.

"Hasrat saya untuk sama-sama meraikan sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia yang disambut meriah di seluruh negara.

"Jika hanya bersikap tunggu dan lihat sudah pasti sambutan kurang ceria," katanya yang lebih bersemangat berniaga apabila gerai dihiasi Jalur Gemilang dan bendera negeri lain.