--> Skip to main content

GAMBAR ABU BAKAR JUAH TENAT, MULUT SENGET, "TOLONG JANGAN SEBAR" - ARIS ARIWATAN

"Saya terpanggil untuk bercakap perkara ini sebab banyak gambar dan video yang tersebar sekarang tak manis dipandang. Terutama dalam keadaan abang sepupu yang sedang tenat.

"Dalam keadaan mulut senget pun orang nak muat naik sehingga menjadi tular. Kalau ditanya pada sesiapa pun, tidak ada siapa yang suka.

"Jadi saya pohon, kalau ada yang sudah muat naik bolehlah padam. Kalau ada yang baru nak pergi ziarah tidak perlulah dimuat naik di media sosial," kata penyanyi Aris Ariwatan memohon rakan artis yang menziarahi pelakon veteran, Abu Bakar Juah supaya tidak memuat naik gambar dan video yang dianggap keterlaluan.

Aris yang juga sepupu Abu Bakar berkata, sebaiknya mereka yang datang menziarahi sekadar datang dan menghormati keadaan pelakon itu. Malah pada semua yang ingin menziarahi pelakon itu dipinta agar mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

"Pihak hospital datang buat pemantauan kepada tetamu yang datang supaya mematuhi SOP. Tidak mahu ada jangkitan lain pula.

"Macam hari ini, doktor datang nak buat pemeriksaan sebab abang demam. Terima kasih banyak kepada semua yang sudah menziarahi," katanya.

Ditanya mengenai keadaan Abu Bakar kini, Aris berkata, seluruh keluarga sudah reda dan bersedia dengan apa saja ketentuan Allah.

"Abang sekarang memang tenat. Seluruh keluarga sudah reda dengan apa saja kemungkinan. Mohon doa yang terbaik daripada semua," ujarnya dipetik sebagai berkata melalui Harian Metro.

         ________________________

:: FACEBOOK :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER :: :: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS :: Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...