--> Skip to main content

Fad Bocey Rindu Abam, "Terus Bahagia Di Dunia Abadi ..."

Fad Bocey Rindu Abam, Pelawak Fad Bocey, 29, memuat naik sebuah rakaman video bersama arwah Abam sebagai tanda ingatan sudah enam bulan pemergiannya pada 10 Ogos lalu.

Menerusi laman Instagram (IG)nya, Fad berkongsi kenangan tahun lepas ketika arwah melawatnya di hospital.

"10/8/2020 genap 6 bulan kau pergi, rindu ini tak pernah berubah, kenangan masa dia datang melawat saya kat hospital tahun lepas," tulisnya.

Dalam pada itu, Fad atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie Mohd Nizam turut mendoakan agar arwah tenang berada di dunia abadi.

"Rindunya nk gurau dengan kau macam ni. Terus bahagia di dunia abadi sahabat yang dicintai Allahyarham Syed Umar Mokhtar," tulisnya lagi. 

Abam merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Achey.

Perkongsian itu turut mendapat perhatian rakan selebriti dan peminat yang turut sama berasa rindu.

"@fakhrulunic: Al-fatihah.

"@fakh.rul: Tengok movie yang ada arwah. Rasa macam dia dok ada lagi.

"@norainihadison: Tetiba macam dia ada rindu juga.

"@emysuffyan: Allahuakbar. Sedih tengok. Terasa mcm arwah ada lagi. Tapi dah takde. Al-fatihah," antara komen-komen yang ditulis.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, meninggal dunia di kediamannya di Gombak kerana demam panas pada 10 Februari lalu.

BACA: Pelawak Abam Bocey Meninggal Dunia