--> Skip to main content

Enam maut dibadai Taufan Laura

TASIK CHARLES (AMERIKA SYARIKAT): Sekurang-kurangnya enam orang maut apabila Taufan Laura membadai Lousiana dan jumlah kematian dijangka meningkat apabila operasi mencari serta menyelamat (SAR) dilakukan.

Namun demikian, Gabenor Lousiana berkata, ribut paling kuat dalam sejarah negeri itu bagaimanapun tidak mencetuskan kemusnahan sebesar yang dibimbangkan sebelum ini.

"Kita perlu bersyukur. Adalah jelas ia tidak mendatangkan kemusnahan besar, seperti yang dijangkakan menerusi ramalan malam tadi.

"Namun kerosakan dalam jumlah yang signifikan masih berlaku," kata Gabenor, John Bel Edwards pada sidang media.

Taufan Laura melanda perairan Lousiana awal Khamis, sebagai ribut Kategori Empat, iaitu skala angin kedua tertinggi, sebelum kekuatannya berkurangan kepada ribut tropika.

Pada 2005, Taufan Katrina meragut 1,800 nyawa adalah ribut Kategori Tiga, ketika ia membadai negeri itu.

Hanya satu taufan setakat ini pernah melanda Lousiana dengan kelajuan angin menyamai Laura, iaitu taufan Last Island yang meragut ratusan nyawa, pada 1856.

Menurut Edward, semua empat kematian itu berpunca daripada kediaman yang ditimpa pokok tumbang. - AFP