--> Skip to main content

DRB-Hicom lantik Wan Zulkiflee sebagai Pengerusi

KUALA LUMPUR: DRB-HICOM Bhd melantik Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin sebagai Pengerusi, berkuat kuasa 1 September 2020.

DRB-HICOM dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, Wan Zulkiflee akan menggantikan Pengerusi semasa iaitu Datuk Mohammad Zainal Shaari, yang akan meletakkan jawatan pada 31 Ogos 2020 berikutan komitmennya terhadap perniagaan lain.

Sehingga kini, Wan Zulkiflee merupakan Pengarah Bebas kumpulan sejak 1 Ogos 2020.

Sebelum itu, beliau merupakan bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas.

Beliau juga menjawat jawatan Pengerusi Kumpulan Bukan Eksekutif Malaysia Airlines Bhd dan Malaysia Aviation Group Bhd.

– BERNAMA