--> Skip to main content

Dr Amalina Sah Bertunang Dengan Jejaka Mat Salih

Tahniah diucapkan kepada pelatih pakar bedah, Dr Nur Amalina Che Bakri mengumumkan pertunangannya dengan jejaka pilihan hati, hari ini.

Dr. Amalina mengumumkan perkhabaran gembira itu menerusi Instagram miliknya sebentar tadi. Dalam entri itu, Dr Amalina turut memuat naik foto cincin di sarung di jari manisnya sebagai tanda pertunangan.

Amalina memaklumkan dia sangat teruja untuk membuat persiapan perkahwinan yang akan diadakan di United Kingdom (UK) dan Malaysia.

"Saya teruja merancang dua majlis perkahwinan di UK dan Kuala Lumpur," katanya.

Bagaimanapun, Amalina tidak mendedahkan butiran lanjut mahupun tarikh bakal melangsungkan majlis pernikahan dengan jejaka pilihan hatinya itu.

Di ruanga komen, rata-rata netizen tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah dab mendoakan kebahagiaan Dr Amalina dan pasangan. Malah ramai tidak sabar menunggu tibanya hari bahagia tersebut.