--> Skip to main content

Dr Amalina Nikah Tahun Depan, Rancang Majlis Bertemakan Fairytale

Dr Amalina Nikah Tahun Depan, Rancang Majlis Bertemakan Fairytale

Pelatih pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr. Amalina memaklumkan bahawa dia merancang untuk melangsungkan majlis pernikahan pada tahun hadapan. Begitupun, Amalina atau nama sebenarnya, Nur Amalina Che Bakri, 33, berkata, tarikh pernikahan itu belum boleh diberitahu kepada umum lagi. "Kami merancang (berkahwin) pada tahun depan. Tarikh (majlis), biarlah rahsia," katanya. Perkara itu dikongsikan Amalina menerusi Instagram Story miliknya sebagai menjawab soalan pengikutnya di media sosial itu.

 Bahkan, katanya lagi, dia dan pasangan merancang untuk mengadakan dua tema berbeza bagi majlis resepsi di United Kingdom (UK) dan Malaysia. "Tema di UK, taman atau perkahwinan ala countryside. Tema di Malaysia, fairytale, east meets west," kongsinya lagi. Terdahulu, Amalina mengumumkan dirinya kini sudah bergelar tunangan kepada seorang jejaka Inggeris pilihan hatinya. BACA: "Teruja Rancang Kahwin Di UK & Malaysia" - Dr Amalina Umum Bertunang Begitupun, sehingga kini, identiti sebenar tunangnya itu masih lagi menjadi tanda tanya umum.