--> Skip to main content

Dituduh Sombong, Ben Amir Nafi Dirinya Bersikap Kurang Ajar

Mengakui sikapnya perlu mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan orang lain, pelakon tampan Ben Amir dedah dirinya bukan berlagak sombong.

Dituduh Sombong, Ben Amir Nafi Dirinya Bersikap Kurang Ajar

Menurutnya, tidak mahu bersikap kurang ajar, Ben yang dikhabarkan sering meletakkan jurang dalam diri dedah mempunyai alasan tersendiri.

"Mungkin sesetengah orang suka dan mudah mesra, tetapi bukan saya. Memang diakui saya meletakkan 'dinding' di depan."

Katanya, andai seseorang itu melayan dirinya dengan baik, tidak ada penghalang untuk beliau melakukan perkara yang sama.

Dituduh Sombong, Ben Amir Nafi Dirinya Bersikap Kurang Ajar

"Tetapi sekiranya ada yang terlebih dulu bersikap kurang ajar, maaf saya tidak akan layan."

Terdahulu, beliau dituduh sombong apabila enggan mengulas mengenai kru dan pelakon drama bersiri Demi dijangkiti COVID-19, beberapa bulan lalu.

"Saya tiada masalah memberi kerjasama dengan media, tetapi perlu berpada-pada. Jika membabitkan perkara terlalu peribadi, minta maaf saya tidak akan kongsi."

Dituduh Sombong, Ben Amir Nafi Dirinya Bersikap Kurang Ajar

Ujarnya, beliau menjadi antara pelakon utama yang terbang ke Scotland untuk menjalani penggambaran ketika dunia mula bergelut dengan pandemik itu, namun akui bernasib baik kerana pulang lebih awal dan disahkan negatif.

Bagaimanapun, beberapa kru disahkan positif menghidap wabak tersebut sejurus pulang ke tanah air pada 31 Mac lalu.

Katanya lagi, beliau langsung tidak takut andai dirinya dipinggirkan. Hal ini kerana, matlamat utamanya adalah kerjaya lakonan.

Dituduh Sombong, Ben Amir Nafi Dirinya Bersikap Kurang Ajar

Lebih perit, selepas namanya mula menyinari industri hiburan tempatan, Ben juga didakwa mula besar kepala sehingga ada antara produksi kini telah serik mengambilnya berlakon.

Meskipun begitu, Ben tampil menyangkal dakwaan tersebut ketana beliau dikhabarkan tidak putus menerima tawaran berlakon.

Sebelum ini, Ben mula mendapat tempat di hati peminat menerusi drama Sweet Dream yang menggandingkannya bersama aktres popular Mira Filzah. Rentetan itu, Ben kini dilihat semakin laris membintangi drama popular tanah air.

Sumber: BH Online

Written by Ridhwan Razak PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.