--> Skip to main content

Ditempelak Michael Ang, Peminat Dakwa Fikry Ibrahim Mula Lupa Daratan

Tampil memberi reaksi kepada kritikan pengarah Michael Ang mengenai dirinya menerusi sebuah video di Instagram semalam, pelakon tampan Fikry Ibrahim bertindak meninggalkan komen di entri yang dimuat naik Michael berhubung kenyataan sindiran terhadap dirinya.

michael ang tempelak fikry ibrahim

Menerusi video tersebut, Michael dilihat menempelak Fikry selepas pelakon itu membuat kenyataan berkaitan seorang pengarah dalam sebuah program TV.

Tidak hanya mahu berdiam diri, Fikry menitip ucapan "Alhamdulillah" di ruangan komen posting tersebut.

Respon itu bagaimanapun telah mengundang perhatian netizen sehingga ada yang mendakwa Fikry lupa daratan sedangkan Michael adalah orang pertama yang memberi peluang untuk dirinya menceburi bidang lakonan.

michael ang tempelak fikry ibrahim

"Lupa daratan Fikry Ibrahim, kau popular pun sebab Michael Ang orang pertama ambil kau berlakon dalam drama dia, dari situ orang kenal kau, sedar diri sikit."

Tidak mahu memanjangkan kata-kata, Michael hanya mengaminkan respon balas Fikry itu.

Terdahulu, Michael membidas dakwaan Fikry Ibrahim mengenai dakwaan menjejaskan reputasi dan kredibilinya sebagai pelakon.

michael ang tempelak fikry ibrahim

Malah, Michael juga turut mendedahkan perangai sebenar Fikry selepas aktor itu membuat kenyataan berkaitan dengan seorang pengarah dalam sebuah program.

Menerusi video itu juga Michael turut menjelaskan mengenai pembayaran harga lakonan.

"Alah Fikry cakap jelah nama aku. Aku kan orang tu, memang aku pun. Yang kau terasa aku cakap virus FI tu kau ke? Kau bacalah tu ada ke orang teka kau?"

Sebelum ini, Fikry dalam sebuah kenyataan mengatakan seorang pengarah mendakwa dirinya penipu yang melibatkan sebuah drama.

Written by Ridhwan Razak PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.