--> Skip to main content

Ditempelak Michael Ang, Ini Reaksi Fikry Ibrahim...Peminat Pula Dakwa Lupa Daratan!

Ditempelak Michael Ang, Ini Reaksi Fikry Ibrahim...Peminat Pula Dakwa Lupa Daratan! Pelakon popular, Fikry Ibrahim tampil memberi reaksi kepada kritikan pengarah Michael Ang mengenai dirinya menerusi sebuah video di Instagram semalam.

Dalam video itu, Michael menempelak Fikry selepas pelakon itu membuat kenyataan berkaitan seorang pengarah dalam sebuah program TV.

BACA : "Terasa Kenapa? Aku Burukkan Apa?" – Michael Ang Bidas Dakwaan Fikry Ibrahim

Tidak berdiam diri, Fikry tampil meninggalkan komen di entri berkenaan.

"Alhamdulillah," tulisnya ringkas.

Respon itu ternyata mengundang perhatian wargamaya sehingga ada yang mendakwa Fikry lupa daratan sedangkan Michael adalah orang pertama yang memberi peluang untuk berlakon.

"Lupa daratan Fikry Ibrahim, kau popular pun sebab Michael Ang orang pertama ambil kau berlakon dalam drama dia, dari situ orang kenal kau, sedar diri sikit," tulis netizen.

Tidak memanjangkan kata-kata, Michael hanya mengaminkan respon balas Fikry itu.

"Amin," tulisnya.

 

Terdahulu, Fikry dalam sebuah kenyataan mengatakan seorang pengarah mendakwa dirinya penipu yang melibatkan sebuah drama.