--> Skip to main content

DIKUTUK 'MATA DUITAN' KAHWINI LELAKI GEMUK - IKA GEMBIRA SUAMI KINI KURUS

Menerusi satu entri di laman Instagram, pelakon Ika Nabella memberitahu yang dia tidak pernah menganggap isu berat badan suaminya, Muhammad Zaid yang pernah mencecah 100 kilogram sebagai satu isu dalam hubungan rumah tangga mereka.

Biarpun sering dituduh 'mata duitan' kerana memilih lelaki gemuk sebagai suami, Ika atau nama sebenarnya Ika Nabila Abdul Rahim, 31, berkata, perkara itu tidak mengurangkan rasa cinta mereka. Ika bagaimanapun berkata dia tidak berkecil hati dengan cemuhan yang dilemparkan netizen terhadap berat badan suaminya.

Kini Ika meluahkan rasa gembira dan bangga apabila suaminya kini sudah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 30 kilogram (kg). Bahkan, menurut Ika, dia mengakui tidak menyangka bahawa suaminya itu boleh kurus.

Klik untuk gambar besar

"Oh ya! Bercakap pasal 100KG. Suami saya dah 70kg! Jadi, saya dah tak bersuamikan peti ais macam yang korang kutuk-kutuk dulu. Saya tak marah. Saya geli hati tetapi memang tak sangka dia boleh kurus! Dulu selalu saya cakap kepada dia 'macam mana eh rupa awak kalau kurus kan sayang? Mesti lagi hot'," katanya.

Bercakap mengenai berat badan suaminya, kata Ika dia mengakui tidak pernah tahu mengenai berat badan suaminya ketika di awal perkahwinan: "Saya tak perasan yang dia dulu pernah 100kg sewaktu kami berkahwin empat tahun lalu.

"Saya tak sedar dia bambam. Cinta itu buta. Saya nampak dia kacak sahaja, sasa haha. Patutlah ada orang kutuk-kutuk saya cakap duit punya pasal, laki gemuk pun sanggup kahwin. Hahaha.. biadap korang!," selorohnya.

Pelakon drama 'Bahagia Bukan Bidaan' ini berkata, sebelum berkahwin suami tidak pernah melakukan rutin senaman kerana tiada stamina yang cukup: "Dulu waktu bercinta saya bersenam dengan personal trainer, dia duduk sebelah teman. Patutlah dia tak join rutin senaman saya dulu rupanya dia bersaiz besar... mengah agaknya," tuturnya.

Dalam entri tersebut, Ika turut berkongsi gambar suaminya yang baru sahaja berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu: "Hari ini dia menjadi orang nombor dua daripada 70 pendaki yang berjaya sampai ke Puncak Gunung Kinabalu. Tahniah sayang. Sekarang ini, kita berkongsi hobi yang sama," luahnya.

Untuk makluman, Ika atau nama sebenarnya Nabila Abdul Rahim, mendirikan rumah tangga dengan Zaid pada 30 Julai 2016. Pasangan itu kemudian dikurniakan anak sulung, Mohammad Noah Zayn selepas tiga tahun berkahwin.

www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Johan As'ari

         ________________________

:: FACEBOOK :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER :: :: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS :: Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...