--> Skip to main content

Didakwa Menyepi Dari Industri Hiburan, Sandra Dianne Akui Sibuk Jual Ikan Masin

Nama penyanyi kelahiran Sabah, Sandra Dianne yang popular menerusi lagu "Hey Kau!" kini seolah-olah lenyap dari persada muzik tanah air.

Didakwa Menyepi Dari Industri Hiburan, Sandra Dianne Akui Sibuk Jual Ikan Masin

Bagaimanapun, penyanyi yang bakatnya dicungkil melalui program realiti Mentor Legend 2014 itu menafikan dirinya tidak lagi aktif. Hal ini demikian kerana, selepas kejayaan single pertamanya itu, Sandra dikhabarkan masih ligat merakamkan lagu.

Menurutnya, beliau kini sudah memiliki empat single dan masih bernaung di bawah Sony Music.

Didakwa Menyepi Dari Industri Hiburan, Sandra Dianne Akui Sibuk Jual Ikan Masin

"Saya tidak pernah menghilang. Sebenarnya, saya masih aktif dalam dunia seni dan belakang tabir. Saya aktif menulis lagu dan masih berkarya."

Tambah Sandra, sebagai punca pendapatan sampingan, beliau juga sibuk menguruskan perniagaan ikan masin.

"Pada masa sama, saya sibuk menguruskan perniagaan ikan masin."

Ujarnya lagi, perjalanan lima tahun membina nama sebagai penyanyi bukanlah sesuatu perkara yang mudah.

Didakwa Menyepi Dari Industri Hiburan, Sandra Dianne Akui Sibuk Jual Ikan Masin

"Tapi saya tetap berusaha dan tidak mahu hanya bergantung kepada nyanyian. Sebaliknya, saya cuba mencari alternatif mendapatkan duit lebih hingga tercetus idea menjual ikan masin."

Meskipun begitu, Sandra mengakui artis generasi baharu kini sangat beruntung kerana mempunyai platform media sosial untuk berkongsi aktiviti mereka berbanding dengan zamannya dahulu. Malah tetap cuba menyesuaikan diri dengan rutin norma baru tersebut untuk lebih dekat dengan peminat dan meraih populariti semula.

Untuk rekod, lagu nyanyian Sandra berjudul "Hey Kau!" kini telah meraih lebih tujuh juta tontonan di laman YouTube selepas lima tahun dimuat naik di platform berkenaan.

Sumber: BH Online

Written by Ridhwan Razak PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.