--> Skip to main content

"DIA HANYA NAK BAPA DIA, BUKAN DUIT... KAMI ADA DUIT" - MAS IDAYU KESAL

"Awalnya saya memang tak tahu apa masalah anak saya dengan bapanya sebab malas ambil tahu kerana itu membabitkan mereka berdua. Tapi baru-baru ini saya ternampak ada berita mewakili pihak Aman dan isteri mengatakan saya masuk campur, itu saya tak boleh terima.

"Sampai ada netizen kata saya tak ajar anak hormat ibu tiri. Dia dah umur 22 tahun saya masih pukul lagi kalau ada buat salah," demikianlah kata penyanyi dangdut, Mas Idayu yang tampil mempertahankan dirinya.

Sebelum ini hangat diperkatakan isu membabitkan anak kepada penyanyi dangdut Mas Idayu iaitu Nur Dayani Ashiqah dengan dengan ibu tirinya yang dikatakan berbalah di media sosial sejak Fabruari lalu.

Klik untuk gambar besar

Isu yang berlaku itu sekaligus turut mengaitkan nama Mas Idayu yang didakwa tidak pandai mendidik anak sehingga anak gadisnya didakwa bersikap kurang ajar terhadap ibu tiri dan bapa kandungnya, Aman Graseka. Dek kerana itu, Mas tampil menjelaskan dakwaan tersebut dimana pada awalnya dia enggan masuk campur dalam isu berkenaan sehinggalah namanya dikaitkan.

Mac lalu, Nur Dayini meluahkan rasa kesal terhadap sikap ibu tirinya, Reena Arina yang bertindak menghalang untuk berjumpa bapa kandungnya. Perkara itu berlanjutan apabila gadis 22 tahun itu saling berbalas kapsyen sindiran dengan ibu tirinya di Instagram.

Dalam pada itu, Mas Idayu terkilan apabila mengetahui Aman bertindak menyekat nombor Nur Dayini di WhasApp serta tidak langsung menghubungi anaknya itu sejak mereka pulang dari umrah pada Februari lalu.

"Sekarang ni profil foto pun dah tak ada, mesej pun tak sampai itu bukti mereka sekat kami. Aku tak kisah jika Aman nak menyebelahi isterinya tapi biar dengan cara cerdik. Walaupun dah berpisah, aku kenal Aman macam mana. Dia tak pandai nak sekat orang di Whatsapp, Instagram, Aku bukan nak puji bekas suami tapi aku kenal dia," ujarnya.

Kata Mas Idayu lagi, dia berharap bekas suaminya itu tidak sesekali melupakan anak perempuan mereka. Ujarnya, anaknya itu tidak mahukan apa-apa tetapi hanya mahukan bapanya sahaja: "Abang (panggilan untuk Aman) tahu apa yang anak kita nak, dia hanya nak bapa dia, dia bukan nak duit. Kami ada duit.. bukan nak cakap besar tapi dia hanya nak bapa dia," tuturnya.

Mas Idayu dan Aman Graseka berkahwin pada tahun 1997 namun berpisah pada tahun 2006. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Dayini. Aman kemudian mendirikan rumah tangga dengan seorang model, Reena pada tahun 2018 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Aishymir Mateen Shah Aman Shah kini berusia setahun.

www.myartis.com / Sumber: mStar & Rotikaya

         ________________________

:: FACEBOOK :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER :: :: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS :: Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...