--> Skip to main content

Desak Russia tak campur tangan krisis Belarus

BERLIN: Ketua Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Jens Stoltenberg, pada hari Khamis meminta Russia tidak campur tangan dalam krisis yang melanda Belarus berikutan pemilihan presiden yang dipertikaikan.

"Belarus adalah negara yang berdaulat dan merdeka. Tidak ada orang, termasuk Russia, yang boleh campur tangan di sana," kata Stoltenberg.

Dalam wawancara dengan bersama Bild, Stoltenberg berkata, 'tidak dapat diterima' bagi rejim Belarus untuk menggunakan kekerasan bagi menghentikan demonstrasi pembangkang.

"Presiden, Alexander Lukashenko dan rejim di Minsk perlu memastikan rakyat Belarus juga dapat memutuskan dan menentukan masa depan mereka," katanya.

Lukashenko menolak permintaan untuk mengundurkan diri atau mengadakan pemilihan baru, sebaliknya menuduh negara Barat dan Russia mencetuskan kerusuhan politik.

Presiden Russia, Vladimir Putin pada awal Khamis, berjanji akan memberi sokongan ketenteraan untuk sekutu rapat dan Lukashenko, sambil mendesak resolusi damai untuk rusuhan dan tunjuk perasaan yang meletus dipersoalkan pada 9 Ogos lalu.

Putin mengatakan, beliau hanya akan menghantar sokongan ketenteraan jika keadaan tidak dapat dikawal lagi.

Tetapi pemimpin Russia itu juga meminta pihak berkuasa di Minsk dan pembangkang untuk 'mencari jalan keluar' daripada krisis ini secara damai.- AFP